Khamis, 6 Disember 2012

Takwim Persekolahan Tahun 2013

Sekejap je kan, pejam celik-pejam celik dah nak masuk Tahun 2013. Cepat betul masa berlalu, benarlah maksud ayat Al-Quran: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan sabar. Surah Al-Asr (103: 1-3)








Jumaat, 25 Mei 2012

Cuti Cuti Cuti....

Selamat bercuti kepada semua MURID & GURU. Bagi yang nak pulang ke kampung @ melancong sewaktu cuti sekolah ni diharapkan agar berhati2 di jalan raya. Cuti... cuti juga tetapi perlu jaga DIRI dan jaga KESIHATAN.


Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


Semoga semua guru-guru, terutamanya guru-guru saya mendapat barokah dari Allah dunia dan akhirat. Ameen.
Terima kasih, Cikgu....

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja

"Pekerja berinovatif penggerak trasformasi"

Bekerjalah seikhlas hati kerana Allah, Semoga Allah tambahkan rezeki yang halal buat kita semua. Ameen.



Isnin, 2 April 2012

Lembaran Kerja

Huruf Konsonan 


Hari ni guru pra tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat. Saya menjenguk sekejap ke kelas prasekolah. Harap-harap lembaran kerja ini dapat membantu. :)

Khamis, 22 Mac 2012

Sistem Token

Buku Token



Sistem Ekonomi Token ni saya dah guna dari Tahun 2009 lagi. Memang berkesan, ianya dapat memotivasikan murid untuk belajar dan mendisiplinkan murid. Part yang paling seronok nak tengok murid berlumba2 untuk mendapatkan hadiah, dan hadiah yang paling mereka suka sudah tentulah hadiah misteri. Tapi bukan senang nak dapat tau :). Saya mengajar di kawasan luar bandar, semua anak-anak murid saya terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar. Oleh yang demikian, hadiah yang saya beri adalah bersesuaian dengan keperluan mereka. Kalau cikgu2 berminat dengan buku token ini dan cara untuk menggunakannya sila tinggalkan alamat email anda di bahagian ulasan. Saya akan emailkan softcopynya (PERCUMA) kepada anda. Terima kasih & Jumpa lagi.