Jumaat, 14 Disember 2012

Jom Buat BBB- Frame


Salam ukhuwah buat semua. Hari ni, CekguAddA isi masa lapang dengan buat frame guna power point. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya. Dengan adanya frame tersebut, CekguAddA harap dapatlah sedikit sebanyak membantu guru-guru untuk membuat sendiri Bahan Bantu Belajar sebagai persiapan menghadapi Tahun 2013 nanti. CekguAddA ada menyediakan link utk download frame yang CekguAddA  dah buat tu. Jika berminat boleh lah muat turun DI SINI.







Ahad, 9 Disember 2012

Jom Belajar Buat Puzzle Guna Power Point


Salam ukhuwah, hari ni CekguAddA nak berkongsi sedikit ilmu untuk kita sama2 cuba, boleh dijadikan bahan bantu belajar semasa proses P&P kepada semua guru, manakala kepada ibubapa boleh cuba buat sendiri utk menarik minat anak2 utk belajar di rumah. Ianya sgt menyeronokkan tak perlu keluar duit banyak2 kerana kos pembuatannya murah sahaja, hanya perlukan masa, printer, kertas, laminating film dan mesin laminate. :) 


Berikut adalah langkah-langkah yang telah saya sediakan untuk buat bentuk asas jigsaw puzzle:

Lagkah 1


Langkah 2



Langkah 3



Langkah 4


Langkah 5



Langkah 6



Langkah 7


Tadaaaa.....  Ini hasil yang CekguAddA sempat buat.... 




Selamat mencuba diucapkan kepada semua, jangan lupa follow blog dan jadi rakan CekguAddA, sebagai cenderahati kepada rakan blog CekguAddA akan berikan link utk DOWNLOAD jigsaw puzzle yg telah CekguAddA hasilkan tu  :). Ilmu untuk dikongsi & diamalkan bersama... 

..::::Lots of luv CekguAdda:::..




Khamis, 6 Disember 2012

Takwim Persekolahan Tahun 2013

Sekejap je kan, pejam celik-pejam celik dah nak masuk Tahun 2013. Cepat betul masa berlalu, benarlah maksud ayat Al-Quran: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan sabar. Surah Al-Asr (103: 1-3)