Isnin, 9 Februari 2015

Jadual Tugas Tahun 4 Efisyen SK Sungai Keli

DUTY ROOSTER


Hai, cekguadda sempat buat jadual ni awal tahun 2015 hr tu, tp br sekarang sempat nak konsikan kalau berminat boleh  DOWNLOAD <-- sini ye. #ilmuuntukdikongsidandiamalkanbersama#~CekguAddA~





Ahad, 29 Jun 2014

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Allahumma balighna Ramadan, selamat memasuki madrasah Ramadan buat keluarga &sahabat semua. Berbekalkan susu dan tamar dengan harapan biar kurang makan yang penting amalan, mampukah?? Tepuk dada tanya iman :) Semoga Ramadan kali ini lebih baik, mohon maaf segala khilaf, andai diri ini ada melukai kalian...~ CekguAddA~

Ahad, 16 Februari 2014

Kad Nombor Dan Operasi

BBB 2014 Edisi Pertama

Tahun yang sangat sibuk dan menyibukkan... Bz mengalahkan PM huhu, meeting itu dan ini sampai tak sempat nak berblog. Kena ambik mood dulu br boleh pk nak wat BBB apa utuk tahun ni. Pk punya pk dah masuk bulan FEBRUARI aikk cepatnye.... mmg benar bagai dikata masa mmg tidak menunggu kita. Utk yg pertama ini je yg sempat cekguAdda buat...

1) Kad Hepi Famili- Main cabut-cabut kad cukup satu family boleh kumpulkan dan cakap one happy family :) yg paling banyak kumpul dikira pemenang. Selamat mencuba.




Rabu, 1 Januari 2014

Tahun Baru 2014

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum....



 Mendidiklah dari hati bukan membuta tuli, mengajarlah dengan berhikmah bukan mengikut nafsu amarah. Harungilah tahun ini dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan keikhlasan hanya kerana Allah SWT, tuhan semesta alam. CekguAdda doakan tahun ini akan menjadi lebih baik untuk kita. :)

Rabu, 14 Ogos 2013

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Sempena Aidilfitri yang mulia ni, saya & famili nak susun 10 jari mohon maaf zahir dan batin, semoga madrasah ramadhan yang baru kita lalui dapat mendidik diri kita untuk menjadi insan kamil dalam mencari redha Allah. Hanya dengan rahmat Allah yg mampu menjanjikan kebahagiaan kita di dunia & di akhirat. Tahun ni saya dan keluarga hanya beraya bertiga, adik yg tercinta tak dapat balik beraya bersama. Sekejap je kan masa berlalu, cuti sekolah pun dah nak abesss. Hurm... Rasa macam nak demam je. huhuhu... Apa2 pun doa saya :Semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Ameen. Kullu 'Am Wa Antum Bikhoir. =)

Rabu, 10 April 2013

Jam Waktu Solat



Semalam, tetiba datang mood nak wat jam yang boleh menunjukkan waktu solat yang 5. Puncanya sebab tengok jam waktu solat kat surau sekolah dah uzur sangat. :D... Memang dah wajib ganti baru kan. Jadi inilah hasilnya. Jika sahabat2 berminat boleh la download pic clock face kat bawah ni. Semoga bermanfaat. 


Jam Waktu Solat Subuh


Jam Waktu Solat Zohor


Jam Waktu Solat Asar



Jam Waktu Solat Maghrib


Jam Waktu Solat Isyak



Jarum jam


Salam Ukhuwah Fillah

#ilmuuntukdikongsidandiamalkanbersama#